PKPB: Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

0
49

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SEREMBAN, 7 Mei –Tiada sebarang program sambutan yang dirancang di peringkat negeri sempena Nuzul al-Quran, Ahad ini. 

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata ia bagi mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa Nuzul al-Quran melalui ceramah dalam talian yang dianjurkan Jabatan Agama Islam dan badan bukan kerajaan (NGO).

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai Isnin lepas, tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Semasa pelaksanaan PKPB, perarakan keagaamaan dan aktiviti agama berjemaah di masjid atau rumah ibadat adalah tidak dibenarkan.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here