PKPD Pasar Jalan Othman, ditamatkan

0
63
A situation at Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya after this market closed during Movement Control Order during Covid-19 situation. FAIHAN GHANI/The Star.

KAWASAN Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 10 Mei lalu, ditamatkan bermula tengah malam tadi.

Pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah membuka kawat duri yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan.

KAWASAN Jalan Othman, Petaling Jaya. FOTO Fail NSTP NSTP

Tinjauan Harian Metro mendapati kerja-kerja membuka kawat duri dijalankan, jam 12 tengah malam.

Dianggarkan, terdapat 2,150 penduduk termasuk 595 warga asing tinggal di kawasan berkenaan dan sudah disaring sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kawasan Pasar Jalan Othman dibuka bermula tengah malam tadi.

Pasar Jalan Othman digempur Imigresen [METROTV] | Harian Metro

“Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada komuniti pasar Jalan Othman kerana menyokong dan bersabar sepanjang PKPD.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi lain yang banyak membantu sepanjang kawasan berkenaan di isytiharkan sebagai PKPD,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jalan Othman wet market closed after trader tests positive for ...

Kawasan di sekitar Pasar Jalan Othman diletakkan di bawah PKPD pada 10 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

PKPD di kawasan itu sebelum ini dijadualkan berkuat kuasa sehingga 23 Mei.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here