PKPD: Penjara Sri Aman, Kampung Serpan Laut Sarawak esok

0
125

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Penjara dan kuarters kakitangannya di Sri Aman serta Kampung Serpan Laut, Asajaya, Samarahan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok.

PKPD di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangannya dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan tahanan dan kakitangan penjara itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, KKM sudah melaksanakan 482 ujian saringan dengan 289 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan 279 tahanan, lapan petugas penjara dan dua ahli keluarga kakitangan penjara.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti terbabit dalam tempoh tujuh hari dengan kadar kebolehjangkitan tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PKPD di Kampung Serpan Laut pula katanya, dilaksanakan selepas lima kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti terbabit selepas KKM menjalankan 62 ujian saringan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti itu bermula 8 April (esok) hingga 21 April ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di Penjara Sri Aman sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di Kampung Serpan Laut pula untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar ke atas semua penduduk dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here