PM menghadap Sultan Hassanal Bolkiah

0
138

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi ini mengadakan perbincangan empat mata dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 di sini.

Perdana Menteri menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Cheradi Ratna Kenchana kira-kira jam 11.10 pagi dan berakhir sekitar jam 12.25 tengah hari.

Perbincangan menyentuh hubungan khas dua hala sedia ada, meningkatkan hubungan dagang dan kerjasama pasca COVID-19.

Ia antara lain perbincangan itu termasuk bagi mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), memulakan kerjasama dalam diplomasi vaksin antara kedua-dua negara dan mempromosikan kerjasama erat dalam bidang ekonomi serta isu serantau dan antarabangsa.

Selesai perbincangan empat mata itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Muhyiddin dijangka menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pengurusan bencana antara kedua-dua kerajaan membabitkan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan perjanjian ‘unitisation’ di antara PETRONAS dan Brunei National Unitisation Secretariat dalam sektor minyak dan gas.

MoU mengenai kerjasama pengurusan bencana akan ditandatangani Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi pihak Malaysia dan Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Awang Erywan Mohd Yusof.

MoU berkaitan ‘unitisation’ itu pula akan ditandatangani Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Pemangku Menteri Tenaga Brunei, Datuk Seri Paduka Awang Matsatejo Sokiaw.

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, kemudian akan diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi di Istana Nurul Iman sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here