Polis belum terima laporan Zoom bocor data

0
154

POLIS belum menerima laporan dakwaan aplikasi mesyuarat awanan Zoom membocorkan data sensitif pengguna termasuk rekod pelayaran Internet membabitkan transaksi perbankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat mengenai dakwaan terbabit.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati jika menggunakan apa-apa aplikasi dan jangan menyerahkan data peribadi dan data perbankan kepada mereka yang tidak dikenali.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung mesej menyatakan bahawa aplikasi Zoom membocorkan data sensitif pengguna termasuk rekod pelayaran Internet membabitkan transaksi perbankan.

Awal minggu lalu, sebuah portal teknologi mendedahkan bahawa terdapat ribuan klip video yang dirakam menerusi aplikasi berkenaan disiarkan di Internet sekali gus menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan aplikasi itu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zakaria sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati berurusan membabitkan hal ehwal kewangan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Sekarang ini orang ramai tertumpu pada Bantuan Prihatin Nasional, jadi nasihat saya berhubunglah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tidak menggunakan orang tengah.

“Sebaiknya berhubunglah dengan pihak yang rasmi supaya tidak ditipu,” katanya.

Sumber : Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here