Polis langgar SOP PKPB, dikenakan kompaun

0
454

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SIMUNJAN: Seramai 25 individu termasuk seorang anggota polis dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pada 2 petang semalam, sepasukan anggota polis yang menjalankan pemantauan di Kilometer 1, Jalan Tun Openg, Simunjan memeriksa sekumpulan penunggang motosikal.

“Seramai 25 individu menunggang motosikal dari arah Pasar Simunjan menghala ke Kampung Nanas, Simunjan.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka yang datang dari Kota Samarahan gagal memberi alasan munasabah masuk ke daerah Simunjan tanpa surat kebenaran polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua dibawa ke Balai Polis Simunjan untuk dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Mereka mengaku hanya bersiar-siar dari Kota Samarahan ke Simunjan kerana sudah lama tidak menunggang motosikal.

“Antara yang dikompaun adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan,” katanya.

Katanya, selesai urusan mereka semua diarahkan balik ke Kota Samarahan melalui Jambatan Sadong.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here