Polis nafi beri layanan istimewa kepada seorang wanita

0
40

DUNGUN: Polis menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial.

Sebelum ini, seorang wanita yang menggunakan nama ‘Siska Qirana’ memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan perbualan mesej dengan seorang sarjan mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’.

Tindakan itu mendapat kecaman dalam kalangan warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

“Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit di Putrajaya dipecah masuk.

“Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana pada 27 April lalu.

“Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anaknya ditinggalkan di daerah ini bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya lag, tiada isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.

Katanya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam orang ramai.

“Kita tidak tahu mengapa bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana dia mempunyai orang dalam sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kesnya di Putrajaya,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here