Polis rampas 190 botol air ketum

0
101

SERDANG: Polis menahan dua lelaki dan merampas 190 botol plastik disyaki berisi air ketum seberat 294.5 kilogram (kg) di sebuah premis dekat Lestari Perdana, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 10 malam itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan suspek berusia 23 dan 32 tahun kerana disyaki memproses dan menjual air ketum di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud, berkata turut dirampas dua periuk besar mengandungi 20kg daun ketum, selain beberapa peralatan untuk memasak minuman itu.

“Siasatan awal mendapati, modus operandi suspek dengan mendapatkan bekalan daun ketum dari utara Semenanjung menggunakan bas ekspres

“Polis masih menyiasat pembekal bahan terlarang ini dan setakat ini, kita dapat sahkan harga pasaran rampasan air ketum bernilai RM3,800 dengan sebotol air dijual RM20.

“Rampasan daun ketum pula bernilai RM700 bersamaan RM35 untuk satu kg,” katanya pada sidang media di IPD Serdang, di sini hari ini.

Mohd Rosdi berkata, siasatan juga mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lalu berkaitan penjualan air ketum dan dadah.

“Kedua-dua suspek direman empat hari berakhir Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here