Polis rampas 983 kilogram syabu bernilai RM35.4 juta

0
651

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah jenis syabu yang dibawa masuk dari Thailand ke Lembah Klang melalui Kelantan seberat 983 kilogram bernilai RM35.4 juta di Kajang, Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata serbuan kira-kira jam 9.15 malam itu dilakukan di sebuah rumah dan polis memberkas tiga suspek lelaki warga tempatan berumur lingkungan 37 hingga 42 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 26 guni plastik mengandungi 650 bungkusan plastik berisi dadah dianggarkan seberat 673.2 kilogram.

“Polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori diletakkan di hadapan rumah itu dan menjumpai 12 guni plastik berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 309.85 kilogram.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas sebanyak 983 kilogram bernilai RM35.4 juta yang boleh digunakan oleh 4.915 juta penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati dua suspek yang ditahan itu bertindak sebagai pengangkut, manakala seorang lagi adalah pemilik rumah terbabit.

“Ketiga-tiga suspek yang didapati positif dadah itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Semua suspek direman enam hari bermula Khamis lalu hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Beliau berkata, polis juga mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM17,870.

“Aset yang dirampas membabitkan sebuah kenderaan jenis Naza Citra bernilai RM14,000 dan wang tunai RM3,870, menjadikan keseluruhan rampasan dadah termasuk kenderaan dan wang tunai berjumlah RM35,408,272.

“Siasatan lanjut juga mendapati sindiket itu mula aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak Januari lalu,” katanya.

Mengulas kejayaan JSJN sehingga 28 Februari lalu, Abdul Hamid berkata, seramai 19,352 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh itu, polis merampas 70,193.73 kilogram pelbagai jenis dadah; 9,752.46 liter cecair dadah dan 617,165.8 kilogram daun ketum dengan keseluruhan dadah dirampas bernilai RM245.22 juta.

“Tindakan juga diambil mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 yang mana aset sindiket disita dianggarkan bernilai RM38.16.

“Sehingga 28 Februari lalu, sebanyak 56 sindiket berjaya ditumpaskan dengan tangkapan 217 suspek di seluruh negara,” katanya.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here