Polis tahan 5 lelaki jual minuman keras

0
77

SEREMBAN: Polis menahan lima lelaki, termasuk seorang warganegara asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan menjual minuman keras dan rokok seludup selepas menyerbu dua kediaman di Sendayan, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata serbuan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri

Sembilan pada jam 8.35 malam.

Berikutan itu, katanya, polis menahan empat lelaki rakyat tempatan dan seorang warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan menjual minuman keras dan rokok seludup.

“Turut dirampas, 275 karton minuman keras pelbagai jenama, rokok pelbagai jenama (103 karton), minuman keras (346 botol) dan 39 tin minuman keras pelbagai jenama.

“Kesemua barangan yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here