Presiden Filipina ugut bunuh pengedar, bagi perangi dadah

0
189
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mengancam untuk membunuh pengedar dadah selepas pihak polis negara itu merampas 756 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai 5.1 bilion peso (RM312 juta) hari ini.

Katanya, rampasan terbesar sejak pihaknya melancarkan ‘perang membasmi dadah’ pada 2016 itu membuktikan bahawa Fili[ina masih menjadi lokasi pilihan utama penyeludupan bahan narkotik itu di Asia Tenggara.

“Jika anda musnahkan negara saya dengan mengedarkan syabu bernilai 5.1 billion peso, saya akan bunuh anda,” tegas beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen selepas rampasan dadah itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dari mana dadah itu diseludup, namun percaya bahawa Filipina menjadi pusat transit penyeludupan bagi kumpulan penjenayah dadah dari Mexico.

Duterte turut menempelak kumpulan hak asasi manusia kerana lantang mengkritik kempen anti narkotik yang beliau dilancarkan pada 2016 sebagai asas kempen pemilihan presiden ketika itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam laporannya semalam, mendakwa puluhan ribu penduduk Filipina mungkin terbunuh dalam perang membasmi dadah berikutan pihak berkuasa seolah-olah ‘kekebalan’ untuk melakukan apa saja.

Namun, berdasarkan data kerajaan Filipina, jumlah pengedar dan penagih dadah yang disyaki terbunuh dalam operasi anti-narkotik oleh polis sejak Julai 2016 hanya seramai 5,600 orang.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh polis sewenang-wenangnya membunuh suspek dadah, namun pihak berkuasa menafikannya dengan menyatakan mereka hanya bertindak mempertahankan diri ketika penjenayah melawan.

Pejabat Duterte kemudiannya menolak laporan PBB itu sebagai ‘dakwaan yang sengaja diada-adakan’ dan menyifatkan tuduhan bahawa pihak berkuasa di beri ‘kekebalan’ sebagai tidak berasas. – AGENSI

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here