Projek tengah laut punca pendapatan terjejas

0
162

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PORT DICKSON: Lebih 360 nelayan di sini bimbang dengan masa depan mereka apabila pelaksanaan sebuah projek dasar laut di kawasan itu dikatakan menjadi punca hasil tangkapan mereka terjejas.

Mereka yang bernaung di bawah Persatuan Nelayan Port Dickson berharap pihak berkuasa ambil perhatian nasib mereka dan merumus jalan penyelesaian sebelum keadaan lebih buruk sehingga mereka hilang punca pendapatan.

Seorang daripada nelayan yang ditemui, Azim Pit, 67, mendakwa sejak projek itu dilaksanakan keadaan berubah dan hasil tangkapan mereka berkurangan.

“Ini tempat kami (nelayan) cari makan dan bantahan sudah kami salurkan kepada kerajaan negeri tetapi projek berkenaan terus berjalan sejak tiga bulan lalu menyebabkan ikan semakin berkurangan.

“Projek pemasangan paip di dasar laut menyebabkan keluarnya sisa toksid memberi kesan kepada hidupan marin,” katanya ditemui ketika tinjauan media bersama persatuan itu, hari ini.

Nelayan, Aziz Ramlan, 53, berkata, sejak projek itu berjalan, banyak jaring ikan dipasangnya rosak dilanggar kapal pemaju keluar masuk di perairan itu.

“Jaring saya pernah rosak teruk hingga kerugian lebih RM800 hingga RM1,000 akibat dilanggar kapal dan saya harap mereka (syarikat terbabit) membayar sejumlah pampasan kepada semua nelayan di kawasan ini.

“Pendapatan kami sudahlah tidak menentu ditambah dengan permasalahan ini menyebabkan keadaan semakin buruk dan secara tidak langsung kehidupan nelayan terjejas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Port Dickson, Mohd Zulkifli Mohd Taib, berkata beliau berharap kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini sekurang-kurangnya meminta pihak pemaju membayar pampasan kepada nelayan terbabit.

“Ini kehidupan nelayan, mereka bergantung hasil ikan di laut, keadaan sekarang pun sudah menunjukkan penurunan hasil tangkapan dan kami rasa tidak mustahil mereka hilang punca pendapatan tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here