PTPTN peruntuk RM1 juta bantu asnaf

0
128

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM1 juta dalam bentuk wang simpanan dan barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar ibu negara.

Melalui Program PTPTN Prihatin: Kami Kongsi Kami Bantu, PTPTN bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (DANA KITA) dalam mengurus dan menyelaras agihan sumbangan bantuan berkenaan.

Usaha perbadanan itu turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam membantu mengenal pasti asnaf yang layak.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata ekoran pandemik COVID-19 yang masih belum reda, PTPTN turut merasai keluh resah dan kesusahan yang dialami masyarakat termasuk golongan asnaf.

Menerusi program itu, beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM1 juta untuk diagihkan kepada 5,000 penerima terdiri daripada keluarga asnaf di ibu negara sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Daripada jumlah itu, RM500,000 disalurkan kepada DANA KITA bagi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya dan RM500,000 lagi akan diberikan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi menggalakkan budaya penabungan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan satu acara pelepasan diadakan hari ini, sebagai simbolik kepada bermulanya pengagihan dan penyerahan bantuan Program PTPTN Prihatin.

Katanya, secara keseluruhan setiap keluarga asnaf akan menerima sumbangan RM200 barangan keperluan harian bernilai RM100 dan RM100 lagi diberikan dalam bentuk akaun SSPN-i bagi seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah dalam keluarga itu.

“PTPTN sentiasa menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya golongan asnaf melalui program CSR yang dianjurkan.

“Dalam konteks ini, PTPTN sebagai tabung pendidikan utama negara juga sentiasa prihatin dalam membantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, PTPTN turut menubuhkan pasukan sukarelawan, Skuad PTPTN Prihatin di bawah CSR PTPTN bagi memastikan pemberian sumbangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan

Ahmad Dasuki berkata, Skuad PTPTN Prihatin akan bersama-sama DANA KITA mengurus, menyelaras dan mengagihkan bantuan sumbangan berkenaan.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here