Pusat hiburan digempur, 31 kena kompaun RM180,000

0
126

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Seramai 24 lelaki dan tujuh wanita terdiri daripada pengunjung, pemilik dan pekerja sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini, dikompaun secara keseluruhan RM180,000 selepas ingkar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semua 31 individu terbabit ditahan selepas Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Kuala Lumpur, menyerbu pusat hiburan berkenaan pada jam 10.10 malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata secara pecahan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada pemilik pusat hiburan berkenaan.

“JPJKK juga mengeluarkan kompaun RM5,000 setiap seorang kepada pengunjung dan pekerja atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Peraturan 18 PU (A) 97/2021 – iaitu menjalankan aktiviti terlarang di kelab malam) di premis berkenaan.

“Dalam serbuan sama juga pihak kami turut merampas pelbagai jenis arak dianggarkan bernilai RM50,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 76, Akta Eksais 1967,” katanya kepada BH hari ini.

Azman berkata, semua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan pihaknya memandang serius tindakan orang ramai yang masih berdegil melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi memandangkan peningkatan jumlah kes COVID-19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini dan kami memberi amaran kepada mana-mana pemilik pusat hiburan untuk tidak cuba membuka premis hiburan mereka bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here