Rakyat Singapura Panik, Sanggup Beratur Panjang Demi Bebola Daging Dan Produk IKEA

0
616
Foto- Twitter All Singapore Stuff

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Hujung minggu lalu, cawangan IKEA di Singapura sesak selepas kerajaan mengumumkan penutupan sekolah serta tempat kerja yang tidak penting (non-essential) bermula esok (Selasa) selama sebulan bagi membendung penularan COVID-19 di Singapura.

IKEA merupakan antara perniagaan di bawah kategori tidak penting ini dan disebabkan panik, penduduk Singapura membanjiri IKEA sejak Sabtu yang lalu. Walaupun mereka beratur dengan teratur dalam barisan, namun ada yang tetap membawa anak kecil untuk sama-sama ke IKEA.

Tidak lupa juga ada netizen Singapura yang menyindir sikap rakyat Singapura sendiri yang pentingkan diri sendiri dengan berkumpul di tempat terbuka sekaligus tidak memahami mengapa perintah penutupan dikeluarkan.

Singapura setakat Ahad telah merekodkan 1,309 kes dengan 6 kematian. Seperti juga di Malaysia, pasar raya yang menjual barangan keperluan seperti bahan mentah tidak akan ditutup.

IKEA Singapura juga tidak menyediakan servis penghantaran makanan sepanjang ditutup selama sebulan dan mungkin kerana sebab ini, rakyat Singapura berpusu-pusu ke IKEA untuk makan meatballs buat kali ‘yang terakhir’ sebelum ia ditutup.

Sumber: VOCKET, All Singapore Stuff

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here