Ranau dilanda gempa bumi lemah

0
61

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, jam 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui ciapan dalam Twitter, memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here