Rangka manusia lengkap berpakaian didalam longkang

0
778

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SIK: Mayat dipercayai seorang lelaki yang sudah tinggal rangka ditemui di dalam longkang di jalan Kampung Gajah Puteh, Jeneri di sini, pagi tadi.

Rangka manusia yang lengkap berpakaian kemeja dan berseluar jeans biru itu ditemui pemotong rumput yang melakukan kerja kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad, 36, dia menghubungi pihak polis sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian oleh beberapa lelaki yang memotong rumput di kawasan itu.

“Mereka datang ke rumah untuk meminta saya menghubungi polis. Selepas menghubungi polis, saya terus ke kawasan longkang yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah.

“Rangka ini berpakaian lengkap, selama saya berulang-alik ke tempat kerja di Gurun, tidak pernah pula menghidu bau busuk, malah ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini pun tidak ada bau pelik,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, mayat itu sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini pihak polis belum menemui sebarang petunjuk berhubung identiti mangsa termasuk jantinanya.

“Kita perlu menunggu keputusan bedah siasat selesai bagi memastikan berapa lama mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita hanya jumpa tulang dan tengkorok sahaja dan setakat ini kes disiasat sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here