Rayuan kes SRC, hakim minta tidak ulang hujahan sama

0
300

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak mengulangi hujahan sama pada prosiding pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.

Terdahulu, sebaik prosiding rayuan itu bermula pada jam 9 pagi, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengingatkan peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib bahawa pihak pembelaan dijadual menyelesaikan hujahannya hari ini.

Abdul Karim kemudian bertanya sama ada Harvinderjit akan menghabiskan nota percakapan ketiga atau beralih kepada nota seterusnya dan dijawab Harvinderjit ‘masih terdapat sedikit lagi yang ingin dihujahkan.’

Abdul Karim berkata, hujahan Harvinderjit setakat ini hanya memfokuskan isu dan fakta sama, sedangkan tiga hakim termasuk dirinya masih menunggu hujahan membabitkan pertuduhan, isu perundangan dan bagaimana hakim perbicaraan dikatakan terkhilaf.

Mendengar perkara itu, Harvinderjit kemudian berhujah bahawa pihak pendakwaan bersikap selektif dalam mendakwa Najib atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC.

Katanya, ia kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada meminta bantuan Interpol untuk mengeluarkan notis merah ke atas pengarah SRC, Suboh Md Yassin; Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan seorang lagi individu dikenali sebagai Redzuan Adam Shah.

Ketiga-ketiga mereka dikatakan melarikan diri ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei 2018.

“Lebih kurang pada Jun atau Julai, notis merah dikeluarkan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan atas kesalahan pecah amanah berjumlah RM50 juta,” katanya.

Bagaimanapun, Harvinderjit berkata, pihak pendakwaan kemudian mengambil keputusan mendakwa Najib.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Bagaimanapun Najib, 67, dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here