Razman lapor polis portal siar kandungan fitnah

0
274

BAGAN SERAI: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membuat laporan polis terhadap sebuah portal kerana didakwa menyiarkan kandungan bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap dirinya.

Katanya, laporan polis itu dibuat bertujuan tindakan dapat diambil portal terbabit yang memberikan gambaran negatif kepada umum seolah-olah PAS mahu membela perkara salah.

“Laporan polis dibuat dengan tujuan tindakan dapat diambil terhadap portal terbabit yang membuat hantaran palsu, fitnah dan berniat jahat serta memberi imej negatif kepada saya dan ahli PAS.

“Saya juga berbincang dengan peguam kemungkinan untuk membawa perkara ini

ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, hari ini.

Portal terbabit dikatakan mengeluarkan kandungan kononnya Razman meminta ahli PAS mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong dibebaskan daripada tuduhan merogol pembantu rumah.

Portal berkenaan turut memuat naik hantaran ‘PAS Perak arah ahlinya bermunajat bagi mendoakan ADUN Tronoh dibebaskan daripada kes rogol amah’.

Pada 23 Ogos 2019, Paul Yong, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, didakwa merogol seorang wanita pada 7 Julai 2019.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Mac hingga 9 April ini untuk memulakan perbicaraan kes Paul Yong.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here