Redha dengan pemergian anak bongsu

0
484

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

ALOR SETAR: “Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi, 3, menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafas kerana saya nampak bibirnya kehitaman.

“Namun, saya redha dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami sekeluarga bersamanya sebelum dia pergi buat selama-lamanya,” kata Nor Azira Abdul Halim, 36.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Harraz Aryan

ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih empat jam ditinggalkan dalam kereta dipandu seorang pengetua sebuah tadika di Taman Ria, di sini.

Kanak-kanak itu dipercayai berada dalam kereta yang di parkir berhampiran tadika berkenaan antara jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, pengetua wanita berusia 49 tahun di tadika itu hanya menyedari Muhammad Harraz Aryan tiada di tadika berkenaan jam 12.15 tengah hari dan mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Nor Azira berkata, dia dimaklumkan anaknya diletakkan di bahagian belakang penumpang kereta, manakala seorang lagi kanak-kanak diletak di bahagian depan dan mungkin guru itu tidak sedar anaknya di belakang.

Katanya, setiap hari dia menghantar anaknya ke tadika itu, namun disebabkan bekerja di Pulau Pinang pada hari Selasa dan Rabu, dia meminta pengetua terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.

“Pada hari lain, saya hanya bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk menguruskan anak sulung, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi berusia tujuh tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Ria Sungai Petani.

“Ketika kejadian semalam saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan dari guru anak saya jam 12.25 tengah hari.

“Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan, tetapi tiba-tiba guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Nor Azira berkata, dia kemudian bergegas pulang ke Sungai Petani, namun tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

“Sebelum itu saya sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Sungai Petani dengan harapan suami akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.

“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak saya selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan, namun suami menghubungi dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di hospital dia berasa tidak sedap hati apabila melihat jasad anaknya di unit forensik hospital itu dan dimaklumkan sudah meninggal dunia.

“Arwah memang anak yang aktif ketika di rumah, namun ketika di sekolah dia banyak diam mungkin dia takut dengan guru.

“Cuma saya tak tahu bila anak saya meninggal dunia kerana berada dalam kereta itu sejak jam 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari.

“Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek itu perkara biasalah,” katanya.

Jenazah Muhammad Harraz Aryan kemudian dibawa dari HSB ke rumahnya di Sungai Petani dan dijangka dikebumikan hari ini.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here