Rezeki kurma berbuah lebat kali kedua

0
426

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Lima pokok kurma daripada lebih 30 pokok yang ditanam di Bulatan Jam Besar di tengah bandar ini berbuah lebat.

Ia adalah rezeki di bulan Ramadan yang dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan untuk ke bandar Kota Bharu.

Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Wajihah Che Lah, 22, berkata, dia tidak menyangka dapat melihat pokok dan buah kurma yang segar dari dekat.

Katanya, sebelum ini dia hanya menikmati buah kurma yang dibeli dari kedai sahaja, namun hari ini dia dapat memegang buah kurma segar yang gugur dari pokok.

“Suasana di sini bukan sahaja tenang, malah dapat dilihat seperti negara Arab kerana mempunyai puluhan pokok kurma.

“Walaupun tidak semua pokok berbuah, namun ia memberi pengalaman baharu kepada saya atau pengunjung lain yang melalui jalan ini,” katanya ketika ditemui di Bulatan Jam Besar di sini, semalam.

Sementara itu, Peniaga tudung bawal Fasha Exclusive, Nur Fatin Azman, 28, melahirkan rasa bangga kerana pokok kurma yang biasa dilihat dalam gambar banyak di Makkah ada juga di Kota Bharu.

Katanya, pokok kurma yang ditanam itu boleh menjadi tarikan kepada pelancong kerana tidak semua

negeri yang menanam pokok itu dalam skala yang besar.

“Jika hari biasa dan bukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin pengunjung luar akan datang ke kawasan ini untuk bergambar kenangan.

“Namun, disebabkan PKP jadi hanya warga Kota Bharu sahaja yang boleh datang melihat sendiri buah kurma dari dekat.

“Saya harap pokok ini dapat dijaga dengan baik supaya ia kekal dan menghasilkan buah dengan banyak setiap tahun,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Pelaburan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), AzmanMohd Daham, berkata pokok kurma berkenaan berbuah buat kali kedua.

“Kali pertama pokok di kawasan berkenaan berbuah pada 2014 yang menarik kedatangan pengunjung pada masa itu.

“Pihak kita berharap orang ramai yang berkunjung ke kawasan itu supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 dan negeri ini masih dalam PKP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here