Rusli bangga berkhidmat di bawah 10 Agong

0
298

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat dekad berkhidmat di Istana Negara, Rusli Asri mungkin boleh dikatakan antara Bentara Istana paling bertuah kerana mencatat sejarah berkhidmat di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong.

Lebih manis lagi, Rusli, 60, yang mula bertugas di Istana Negara pada usia 20 tahun ketika Yang di-Pertuan Agong ke-7 (Almarhum) Sultan Ahmad Shah dan mengakhiri kerjayanya semasa berkhidmat di bawah anakanda Almarhum, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rusli yang bersara wajib bermula semalam, sedih dan sebak apabila meninggalkan Istana Negara, tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Perpisahan ini agak perit kerana tempoh 40 tahun bukan jangka masa yang singkat. Kalau kata tak rindu istana ini tipulah. Kehidupan di Istana Negara sudah sebati dengan jiwa,” katanya ketika ditemui Bernama di Istana Negara baru-baru ini.

Rusli memulakan kerjayanya sebagai pelayan pejabat di Istana Negara sebelum bergelar Bentara Istana dan dilantik menjadi Ketua Bentara pada 2014.

Antara skop tugas Rusli sebagai Bentara Istana ialah memayungi Yang di-Pertuan Agong dan membentangkan sejadah untuk Seri Paduka bersolat serta menjaga etika pemakaian tetamu dalam majlis yang dihadiri baginda.

Menceritakan pengalamannya, walaupun sudah lama bergelar Ketua Bentara, Rusli berkata sepanjang perkhidmatannya, beliau tetap tidak dapat lari daripada perasaan gementar kerana khuatir sekiranya melaksanakan tugasan dengan kurang sempurna.

Sepanjang perkhidmatannya di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong, Rusli berkata, beliau sentiasa memastikan komitmen penuh dalam setiap tugasannya.

Ditanya perancangan beliau selepas ini, bapa kepada tiga anak itu termasuk seorang anak perempuan yang dinamakan bersempena nama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berhasrat berhijrah ke kampung isterinya di Muar, Johor dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima menghadap Rusli dan dua lagi kakitangan Istana Negara yang turut bersara wajib bulan lalu, iaitu Pegawai Khidmat Pelanggan, Yahya Abdul dan seorang lagi Bentara Istana, Ahmad Ali.

Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada ketiga-ketiga kakitangan berkenaan atas khidmat bakti dan jasa mereka sepanjang berkhidmat di Istana Negara. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here