Sabah sekat kemasukan dari lima negara

0
115

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah memutuskan untuk menyekat kemasukan bagi semua individu dari lima negara iaitu India, Perancis, Amerika, Afrika dan Brazil memasuki Sabah berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, berkata larangan terbabit adalah bagi mencegah penularan varian baharu (Variant of Concern) atau VoC dari negara yang disenaraikan terbabit.

“Bagaimanapun, pengecualian masuk ke negeri Sabah diberikan kepada rakyat Sabah serta pasangan (suami atau isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

“Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

“Sehubungan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menjalankan prosedur ‘signoff’ di negeri Sabah.

“Tetapi kru warganegara Malaysia dikecualikan dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here