“Saya nak fokus perbaiki mana yang lopong dalam hidup saya” – PU Abu hulur bantuan makanan kepada ‘frontliners’

0
105

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MASALAH rumah tangga yang sedang dihadapi tidak menghalang Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, dia memberi bantuan dari segi bekalan makanan secara peribadi kepada frontliners yang memerlukan di kawasan berdekatan kediamannya.

“Bantuan yang saya berikan itu, saya buat secara berseorangan tapi ada juga orang ramai yang turut membantu. Buat masa sekarang, saya hulurkan bantuan dari segi bekalan makanan untuk para fronliners.

Hana dedah hubungan dia bukan lagi isteri kepada PU Abu

“Untuk anggota polis dan tentera yang bertugas di kawasan berdekatan serta petugas kesihatan di hospital yang memerlukan.

“Insya-Allah, dalam seminggu itu ada beberapa kali juga saya akan hantar bekalan makanan kepada mereka,” kata PU Abu ketika dihubungi mStar.

Tambahnya, tindakan dia berbuat amal adalah untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lalu.

“Sekarang saya nak fokus untuk memperbaiki mana yang lopong dalam hidup saya. Doakan saya ya” ujarnya.

Pada Sabtu, usahawan kosmetik Hana Azraa menegaskan hubungan dia dan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini bukan lagi pasangan suami isteri.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai keruntuhan rumah tangganya itu.

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain Afini namun hubungan mereka terlerai pada 1 6 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adam Aysar yang kini berusia 10 bulan.

” Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan. “

PU Abu Sufyan
Pencetus Umah

Dalam pada itu, menerusi Instagram PU Abu ada meluahkan rasa syukur berkesempatan berkongsi rezeki kepada pihak yang terlibat menjadi barisan hadapan bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Menerusi kapsyen tersebut, pendakwah bebas itu memberitahu dia melihat wajah petugas kelihatan penat namun masih teruskan perjuangan demi memastikan negara bebas daripada wabak tersebut.

“Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni berkesempatan memberikan sedekah makanan kepada pihak yang terlibat dalam menjadi #frontliners yangberjuang dalam menghadapi #Covid19.

“Mereka sangat menghargai walaupun hanya ada nasi dan lauk yang boleh mereka boleh jadikan santapan ketika berehat. Aku nampak terpancar dari raut wajah mereka kepenatan namun tetap berjuang untuk memastikan Malaysia bebas daripada wabak ini.

“Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kita mudahkan urusan orang Allah akan mudahkan urusan kita, kita buat org rasa bahagia Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.

“Kalau tak mampu cukuplah mungkin kita berdoa buat mereka kerana Nabi pernah bersabda kita mendoakan kebaikan buat orang Malaikat akan mendoakan kebaikan yang lebih buat kita,” tulisnya.

Sumber: mStar

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here