Sekeluarga nyaris maut rumah terbakar

0
138
Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Lapan sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini pagi tadi.

Menyedari kebakaran, kesemua mereka bertindak terjun dari tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata tujuh daripada mereka mengalami kecederaan melecur pada badan ketika cuba menyelamatkan diri.

Mereka yang melecur ialah pasangan suami isteri berusia 44 dan 40 tahun, lima anak mereka yang berusia antara empat dan17 tahun, sementara seorang lagi anak mereka yang berusia 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.36 pagi tadi dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 100 peratus kediaman tersebut dan siasatan awal mendapati api bermula di tingkat bawah ketika kesemua mangsa sedang tidur di tingkat atas.

Norazam berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here