Sektor penerbangan dijangka menguncup sehingga 29 peratus tahun ini

0
89

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan negara ini terus berdepan ketidaktentuan apabila trafik penumpang udara tahun ini diramalkan menguncup antara 22.9 dan 29.1 peratus tahun ke tahun, atau 18.9 juta hingga 20.6 juta penumpang.

Ramalan itu adalah semakan semula jangkaan trafik penumpang udara bagi tahun ini berikutan peningkatan semula kes COVID-19 negara dan antarabangsa, baru-baru ini.

Hujung tahun lalu, MAVCOM meramalkan sektor penerbangan Malaysia pulih antara 94.2 dan 100.3 peratus tahun ke tahun bersamaan 51.7 hingga 53.3 juta penumpang atas jangkaan sekatan perjalanan antarabangsa ditamatkan tahun ini.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata suruhanjaya itu menyemak semula ramalan trafik penumpang selepas mengambil kira cabaran dihadapi oleh industri penerbangan ketika ini.

Beliau berkata, ramalan penurunan trafik penumpang tahun ini dibuat berasaskan beberapa faktor seperti jangka masa pelaksanaan program vaksinasi serta langkah kesihatan awam yang lebih ketat atau dilonggarkan.

“Turut diambil kira faktor pembukaan semula sempadan udara antarabangsa yang selamat, selain perubahan permintaan untuk perjalanan udara akan terus mempengaruhi kepantasan pemulihan sektor ini.

“Justeru, MAVCOM akan terus memantau dan menilai perkembangan semasa industri penerbangan pada tahun ini dengan teliti.

“Suruhanjaya tetap akan berusaha untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dengan menyokong pemulihan sektor penerbangan negara kembali ke tahap pra-pandemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saripuddin berkata, suku pertama tahun ini menyaksikan hanya 1.7 juta penumpang menggunakan perkhidmatan udara, iaitu penurunan 91.1 peratus tahun ke tahun, berbanding 19.1 juta penumpang pada suku pertama tahun lalu.

Katanya, keperluan perjalanan udara turut terjejas akibat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan perjalanan yang dijangka berkuat kuasa sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, katanya, MAVCOM menjangkakan pasaran domestik terus menjadi pemacu utama menghidupkan semula industri penerbangan, khususnya jika pelaksanaan gelembung perjalanan antara negeri PKP dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan.

“Kita juga berpandangan pemulihan industri penerbangan akan menjadi perlahan jika wujud gelombang baharu COVID-19 memandangkan vaksinasi bagi golongan dewasa hanya dijalankan pada fasa terakhir antara Mei depan hingga Februari 2022.

“Bagi membolehkan pembukaan semula sempadan untuk memulakan perjalanan antarabangsa, pengesahan sijil vaksinasi dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi kuarantin di seluruh dunia perlu dilaksanakan.

“Malaysia sedang mengkaji pelaksanaan pas kesihatan digital yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA),” katanya.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here