Semua premis digalak perluas konsep Food Bank

0
121

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Semua premis perniagaan dan pusat keagamaan digalak memperluas konsep Food Bank bagi meringankan beban serta membantu kelangsungan hidup golongan memerlukan ketika negara dilanda wabak COVID-19 ini.

Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris, berkata konsep Food Bank ini wajar ditonjolkan pada setiap premis perniagaan yang bukan saja merangkumi pasar raya berskala besar atau sederhana, malah membabitkan semua pihak.

Katanya, antara lain, pasar basah, tani dan pasar malam, selain kedai runcit, restoran, kedai cermin mata, farmasi, stesen minyak dan kedai basikal boleh menyediakan tempat khas bagi meletakkan bantuan keperluan asas barangan.

“Kita faham perniagaan dan ekonomi tidak menentu sekarang dan ia bukan satu paksaan kepada setiap premis perniagaan menyediakan ruang Food Bank, sebaliknya hanya satu tanggungjawab bagi membantu golongan memerlukan dengan sumbangan bergantung kepada kemampuan masing-masing.

“Selaras usaha murni ini, pusat keagamaan seperti pengurusan surau, masjid, tokong, kuil dan gereja juga boleh menyokong konsep Food Bank dengan lebih meluas kerana keberadaan pusat keagamaan dekat dalam kelompok komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, langkah proaktif konsep Food Bank yang digerakkan secara bersepadu akan memberi impak efektif kepada kerajaan menerusi Program Bakul Makanan.

Katanya, ia termasuk Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Konsep Food Bank berlandaskan sikap kesukarelawanan membolehkan jiwa kebajikan terus dipupuk dalam kalangan rakyat memberi manfaat secara langsung kepada golongan memerlukan.

“Ia tidak kira kelompok B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) M40 (40 peratus pertengahan), pelajar, orang kurang upaya (OKU), anak asnaf, mangsa banjir, gelandangan dan rumah kebajikan orang tua,” katanya.

Razali berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat yang menggerakkan bantuan serta gerak kerja dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here