Siasat dakwaan masih ada pekerja Korea Utara di Malaysia

0
298

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyiasat laporan media yang mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu yang menjalankan penyeludupan barang mewah serta senjata di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa laporan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan lagi suasana termasuk tidak cepat panik dengan dakwaan sedemikian sebaliknya kekal bertenang.

“Setakat hari ini, saya belum dapat laporan mengenai perkara ini sama ada daripada pasukan risikan dan sebagainya. Tidak menemui sebarang apa-apa laporan.

“Kadang-kadang mereka mungkin gempar sahaja. Kita pun tak tahu.

“Jadi, kita jangan melompat terlalu cepat dan memberikan jawapan yang boleh mengeruhkan lagi suasana. Kita akan siasat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penamaan Kenderaan Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 (HMAV3x3) Pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, lebih baik ia dirujuk dengan Kementerian Luar.

Beliau berkata, ini kerana Kementerian Luar terbabit dengan rundingan dan perbincangan mengenai hal ehwal antarabangsa.

“Jika membabitkan negara luar, saya percaya lebih baik dapatkan perincian daripada Kementerian Luar. Ini kerana, rundingan dan perbincangan tidak membabitkan Kementerian Pertahanan,” katanya.

Semalam, laporan Daily NK dipetik sebagai berkata, selepas Pyongyang ‘diusir’ Kuala Lumpur, negara itu ‘terlupa’ untuk memanggil pekerjanya yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan barang berharga dan senjata yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Media itu yang memetik sumber mendakwa, ratusan pekerja syarikat perdagangan yang ada kaitan dengan jawatankuasa pusat termasuk ejen rahsia dari MID masih berada di Malaysia.

MID dilaporkan terbabit dengan kegiatan penyeludupan senjata dan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebagai laluan bagi menyeludup senjata Korea Utara ke Iran, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk ‘mengimport’ senjata dari negara lain ke Korea Utara.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here