Suami, Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan Maut Dirempuh Myvi Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

0
82

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung 7 bulan bersama suami disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, semalam.

Lebih menyayat hati apabila mendapati bahawa bayi dalam kandungan tersebut merupakan anak pertama buat pasangan ini.

Ibu mengandung maut kemalangan

MOHD Hairawi (kiri) bersama Nur Ain dan bayi dalam kandungannya maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini. FOTO Hassan Omar.
Kredit: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha yang dinaiki Nur Ain Kamarulzaman dan Mohd Hairawi Mat Rezam secara tiba-tiba telah dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Menurut sumber, kemalangan maut ini berlaku ketika pasangan ini dalam perjalanan menuju ke Hospital Melaka kerana mempunyai temu janji dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.

Dirempuh dari arah bertentangan

Menurut ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Goh Wang Ann telah hilang kawalan sehingga menyebabkan keretanya berpusing dan memasuki ke laluan bertentangan.

Kereta tersebut kemudian telah merempuh motosikal yang dinaiki pasangan ini dan kedua-dua mereka tercampak beberapa meter dari motosikal berkenaan.

Siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan serpihan dan tumpahan minyak di tempat tersebut, selain cuaca baik, dan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan.

Mayat mangsa dibedah siasat

Si suami yang berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara si isteri, 25 tahun pula menghembuskan nafas terakhirnya ketika mendapatkan rawatan di hospital. Bayi yang berada dalam kandungan mangsa juga gagal diselamatkan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here