Sultan Johor guna kayu pengacau khas sedia bubur lambuk

0
150

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan menggunakan kayu pengacau khas bagi menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat negeri ini, esok.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah acara masakan bubur lambuk Istana Johor kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila kayu pengacau ‘khas’ digunakan dalam penyediaan juadah berkenaan.

“Pengacau ini disediakan oleh tukang kayu saya dari Mersing dan esok saya akan menggunakannya ketika memasak bubur lambuk,” titah baginda.

Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam dan turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim 2021 dibuat oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing.

Walaupun Sultan Johor mempunyai jadual yang padat, ia tidak menghalang baginda memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada rakyat Johor.

Aktiviti masakan bukan sesuatu yang asing bagi Sultan Johor yang mahir menyediakan pelbagai juadah bersama kakitangan Istana.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengurniakan 1,150 paket bubur lambuk dari Istana Johor diserahkan kepada rakyat Segamat, semalam.

Sumbangan bubur lambuk itu disampaikan kepada Penghulu Kanan Mukim Sungai Segamat, Ishak Abu Bakar dan diagihkan kepada 11 mukim di Segamat.

Kurniaan bubur lambuk daripada Sultan Ibrahim adalah antara aktiviti mengimarahkan Ramadan.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here