Sultan Johor masak bubur lambuk untuk pesakit kanser, rakyat

0
118

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan meluangkan masa memasak bubur lambuk, di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Masakan bubur lambuk pada kali ini turut menampilkan sedikit kelainan apabila baginda menggunakan kayu pengacau ‘khas’ bagi menyediakan juadah berkenaan.

Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam, turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim tahun 2021 dibuat oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah juadah itu akan disampaikan kepada rakyat dan pesakit kanser.

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambuk bersama kakitangan istana.

Hari ini, sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit-pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sebanyak 1,100 paket akan disampaikan kepada rakyat di daerah Kluang.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here