Sungai tercemar, pendapatan nelayan merosot

0
234

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BAYAN LEPAS: Kira-kira 200 nelayan pantai di Kampung Permatang Tepi Laut, di sini terjejas mata pencarian berikutan pencemaran sungai di situ sejak beberapa tahun lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, berkata masalah itu dipercayai berpunca daripada air kumbahan dan sampah sarap yang dibuang sebelum dibawa arus ke laut menerusi sungai itu.

Selain membabitkan alam sekitar, pencemaran itu turut mengancam hidupan laut di kawasan tangkapan nelayan terbabit.

Katanya, tinjauan CAP mendapati kejadian itu menyebabkan air sungai di kampung berkenaan keruh, berkelodak dan berbau busuk manakala di kawasan pantai pula dipenuhi sampah sarap.

“Nelayan mendakwa masalah itu berpunca daripada tindakan penduduk dan pemilik premis perniagaan di sekitar kawasan berkenaa membuang sisa termasuk sampah ke dalam sungai.

“Hasil seperti ikan, udang, kerang dan siput yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan kini diancam kepupusan dan berkurangan sekali gus menjejaskan hasil pendapatan sehingga 50 peratus setiap kali turun ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, enjin bot nelayan juga kerap mengalami kerosakan kerana tersangkut pada sampah ketika menjalankan aktiviti tangkapan.

Malah nelayan juga mendakwa, mereka turut mengalami gatal kulit apabila terkena air yang tercemar oleh bahan buangan itu.

Nelayan turut mendakwa sampel air sungai sudah diambil beberapa kali oleh pihak tertentu bagi diuji tetapi hingga kini keputusan ujian itu tidak diketahui.

“CAP kesal dan bimbang dengan kejadian ini walaupun sudah lama berlaku tetapi masih tiada tindakan diambil pihak berkenaan.

“Jika punca masalah ini dibiarkan, sumber pendapatan dan kehidupan nelayan akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here