Tamrin didakwa hina Sultan Johor, TMJ

0
550

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghina kerabat diraja Johor, tahun lalu.

Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, Mohd Tamrin yang juga anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba didakwa menggunakan aplikasi blog, ‘tamrintunghafar’ di pautan http://tamrintunghafar.blogspot.com, secara sedar membuat komunikasi jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain yang dibaca di laman ‘Page Facebook Dato Tamrin Tun Abdul Ghafar’ di pautan https://m.Facebook.com/story.php?story fbid=651875838889704&id=339464110130880.

Lampiran yang disertakan bersama pertuduhan itu membabitkan artikel bertajuk TMJ-Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar yang mengaitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, selain Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam dan Pengerusi MARA itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Kota Southkey, kira-kira jam 7 malam pada 2 Februari 2020.

Mohd Tamrin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit, Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Tamrin diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.

Terdahulu, Yusaini memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan tidak lebih RM5,000 dengan alasan anak guamnya seorang penganggur ketika ini, selain perlu membuat rawatan susulan setiap bulan selepas menjalani pembedahan jantung.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mei bagi penyerahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here