Tapak Geopark Kinabalu disasar tapak UNESCO Global Geopark

0
39

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyasarkan Tapak Geopark Kinabalu disenaraikan sebagai tapak UNESCO Global Geopark pada 2022.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata agensi kerajaan di bawah kementeriannya bersama pihak lain sedang mengenal pasti kawasan untuk diisytiharkan sebagai Tapak Geopark Kinabalu.

“Sejak 2014, pihak Taman-Taman Sabah bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta pegawai daerah membabitkan Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu bekerjasama mengenal pasti serta mencadangkan kawasan seluas 4,750 kilometer persegi untuk diisytiharkan sebagai Tapak Geopark Kinabalu.

“Pada 18 Mac lalu, kerajaan negeri bersetuju untuk mencadangkan Tapak Geopark Kinabalu sebagai Geopark Kebangsaan. Pengiktirafan ini melayakkan Tapak Geopark Kinabalu untuk disenaraikan sebagai ‘Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark’.

“Sekarang kita sedang menunggu penilaian Tapak Geopark Kinabalu sebagai tapak ‘UNESCO Global Geopark’ pada Julai atau Ogos tahun ini.

“Saya percaya Tapak Geopark Kinabalu yang mempunyai nilai geologi antarabangsa yang luar biasa ini akan melepasi proses penilaian dan diisytiharkan sebagai tapak ‘UNESCO Global Geopark’ pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian program Seminar Antarabangsa ‘Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark’ bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim.

Dalam pada itu, Jafry turut berkata pengiktirafan terbabit juga bakal melakar sejarah baharu buat Sabah di mana negeri ini mempunyai tiga tapak yang diisytiharkan oleh UNESCO termasuk Banjaran Crocker.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin Tapak Geopark Kinabalu akan menarik perhatian pelawat seiring dengan mandat pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar negeri dalam mempertingkatkan sektor pelancongan, perkembangan ekonomi negeri serta menjana pendapatan industri bagi menarik pelabur asing.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here