Tertekan pedal minyak, kereta rempuh balai polis

0
436

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Akibat tersilap tekan pedal minyak, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh Balai Polis Ketereh di sini pagi tadi.

Kejadian pada jam 10.15 pagi itu juga mengakibatkan seorang pesara tentera yang ingin berurusan di balai polis itu patah tulang hidung dan cedera di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita berusia 55 tahun itu dari Kampung Pasir dan ingin ke Kok Lanas.

“Ketika tiba di lampu isyarat dan ingin meneruskan perjalanan, dia tertekan pedal minyak sebelum terlanggar sebuah kereta di hadapan dan kemudiannya merempuh balai (polis).

“Kereta itu juga turut terlanggar seorang lelaki yang ingin berurusan di kaunter menyebabkan mangsa yang berusia 49 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata banyak kerosakan berlaku membabitkan kaunter, bahagian hadapan balai dan peralatan komputer.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu adik mangsa, Afendi Ismail, 40, berkata dia menerima panggilan telefon dari abangnya, Anuar, yang memberitahu dia dilanggar kereta di dalam balai polis berkenaan.

Dia berkata abangnya yang juga seorang pesara tentera ke balai polis itu untuk mendapatkan surat pelepasan pulang sementara ke Bentong, Pahang bagi melihat keadaan rumahnya di sana.

“Dalam keadaan kesakitan, dia masih mampu menelefon saya menyuruh agar segera ke balai polis kerana dia dilanggar kereta.

“Sebaik sampai, saya terkejut melihat ramai orang termasuk anggota bomba hadir ke lokasi dan lebih terperanjat dengan keadaan balai polis yang teruk akibat rempuhan.

“Abang dibawa ke hospital dengan ambulans dan selepas dibuat imbasan sebentar tadi, doktor mengesahkan tulang hidungnya patah dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here