Tourism Malaysia pastikan program patuhi SOP

0
90

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KANGAR: Tourism Malaysia sentiasa menitikberatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap program pelancongan di peringkat negeri bagi mencegah penularan COVID-19.

Pengarah Kanan Divisyen Domestik dan Acara (Tourism Malaysia), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, berkata pihaknya tidak pernah berkompromi dalam pematuhan itu dan sentiasa mengambil langkah perlu dalam mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Ini adalah susulan kejadian seorang pemandu bas didapati positif COVID-19 selepas membawa peserta program Wow Cuti dan sesi ramah mesra agensi pelancongan Pulau Pinang dan Kedah bersama pengusaha pelancongan, badan bukan kerajaan (NGO) serta media Perak anjuran Tourism Perak pada 27 April lalu.

“Dalam hal ini, kita difahamkan, pemandu bas sahaja yang positif COVID-19 dan dia tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Industri dan Rakan Media Negeri Perlis di sebuah restoran, di sini semalam.

Katanya, pihaknya tidak mahu melihat industri pelancongan di negara ini dipersalahkan dan dijadikan alasan tercetusnya kluster COVID-19.

Pemandu bas didapati positif COVID-19 selepas melakukan ujian calitan di klinik Kesihatan Kampar pada 29 April lalu bagi membawa kumpulan pelancong ke Genting Highland.

Serentak dengan itu semua peserta melakukan saringan COVID-19 dan keputusannya negatif dan dikuarantin di rumah sehingga Jumaat ini.

Dalam perkembangan lain, Ammar akur dengan keputusan kerajaan menggantung serta merta kebenaran rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke kawasan PKPP bagi tujuan pelancongan yang menggunakan agensi pelancongan.

“Memang ada terkesan disebabkan keputusan ini dan jika ditanya mereka yang terbabit dalam industri pelancongan sebenarnya mereka mahu terus (Gelembung Pelancongan Bersasar) ini aktif supaya orang ramai boleh bercuti di tempat yang dibenarkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here