Trump enggan ulas angka COVID-19 China

0
110

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump beranggapan bahawa laporan perangkaan kes coronavirus oleh China kelihatan ‘baik sedikit’ meskipun penasihat keselamatan kebangsaan negara itu tidak pasti sama ada data itu tepat atau sebaliknya.

Kenyataan oleh Trump itu dibuat selepas penggubal undang-undang kanan parti Republikan sangsi dengan data Beijing.

Berita Bloomberg turut melaporkan bahawa laporan ‘rahsia’ oleh perisikan AS merumuskan bahawa China tidak melaporkan data sebenar mengenai jumlah kes dan kematian di negara itu.

Wabak coronavirus bermula di China pada hujung 2019 namun Beijing hanya melaporkan kurang kes dan kematian, berbanding di AS yang ketika ini dilanda teruk menjadikan jumlah 214,000 kes dan 4,800 kematian.

Ketika memberi taklimat harian kepada jawatankuasa coronavirus, Trump berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada perisikan AS mengenai data China.

“Angka itu kelihatan berada di sisi yang baik sedikit dan saya bersikap baik apabila katakan perkara itu berkenaan apa yang kita saksikan dan dilaporkan,” katanya.

Menurut Trump, beliau juga ada berbincang bagaimana China berjaya menguruskan penularan wabak coronavirus melalui perbualan telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, melalui perbualan telefon itu, beliau tidak bertanyakan lanjut mengenai angka kes wabak itu di China.

Trump ketika ini kurang bersuara dan mengkritik bagaimana China mengendalikan wabak itu.

Sejak berhubung dengan Jinping menerusi telefon, Trump menegaskan hubungan AS-China sangat baik dan kedua-dua negara mahu mengekalkan perjanjian perdagangan bernilai berbilion dolar seperti dipersetujui awal tahun ini.

“Sama ada jumlah itu tepat atau tidak, saya bukan seorang akauntan dari China,” kata Trump.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Trump, Robert O’Brien, memberitahu dalam sesi taklimat sama bahawa Washington tidak perlu menentukan dan mengesahkan sebarang jumlah dari China.

“Terdapat banyak laporan awam mengenai sama ada angka itu terlalu rendah.

“Anda ada akses kepada laporan itu yang dikeluarkan sendiri dari media sosial China. Kita tidak boleh mengesahkan sebarang angka berkenaan,” katanya.

Terdahulu, anggota parti Republican dari Jawatankuasa Hubungan Luar menuduh Beijing menyembunyikan angka sebenar kes COVID-19 di negara itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa jabatan negara AS menyiasat tindakan China yang kononnya sengaja menyembunyikan apa yang berlaku di negara tembok besar itu. – Agensi

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here