Trump pecat pegawai kanan perisikan

0
153

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan, beliau memecat seorang pegawai kanan perisikan memainkan peranan penting dalam aduan pada Ogos tahun lalu yang mencetuskan perbicaraan dakwaan bagi memecat pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu.

Dalam sepucuk surat kepada Jawatankuasa Perisikan Senat, Trump berkata, beliau hilang keyakinan terhadap Michael Atkinson yang merupakan ketua inspektor bebas dalam komuniti perisikan AS.

“Adalah penting untuk saya mempunyai sepenuh keyakinan terhadap ketua inspektor yang dilantik.

“Ia tidak lagi dengan ketua inspektor ini,” tulis Trump dalam surat kepada dua senator utama dalam Jawatankuasa Perisikan itu, Richard Burr dan Mark Warner, tanpa menjelaskan sebabnya.

Pada Ogos tahun lalu, Atkinson telah meneliti serta menyampaikan satu aduan mendakwa Trump mendapatkan bantuan politik peribadi daripada Ukraine yang melanggar undang-undang AS.

Aduan berkenaan menjadi asas kepada perbicaraan bersejarah yang kemudian menyaksikan Trump dibebaskan daripada dakwaan untuk memecatnya itu.

Atkinson, 55, yang juga seorang peguam kerajaan veteran, menyampaikan aduan itu kepada Jabatan Keadilan dan Kongres selepas memutuskan bahawa ia mempunyai merit, sekali gus membawa kepada siasatan dijalankan. – AFP

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here