Tumpahan minyak cemari pesisir Pantai Sedili Kecil

0
87

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Johor Bahru: Jabatan Laut Wilayah Selatan mengesan tumpahan minyak pekat berwarna hitam, di sekitar pesisiran Pantai Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi, sejak malam kelmarin.

Pengarahnya, Dickson Dollah, berkata nelayan tempatan membuat aduan kepada pihaknya selepas menyedari tompokan minyak hitam itu di pesisiran pantai berkenaan pada jam 7.40 malam.

“Tumpahan minyak di pesisir pantai Kota Tinggi, itu dikesan bermula dari Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil hingga Pantai Kampung Sedili Kecil dan dipercayai berlaku sejak jam 9 pagi semalam.

“Jabatan Laut Wilayah Selatan menganggarkan keluasan tumpahan adalah sejauh enam kilometer panjang, namun jenis minyak berkenaan masih belum dikenal pasti,” katanya kepada BH.

Dickson berkata, pihaknya mengesyaki tompokan minyak yang mencemari pesisiran pantai di Kota Tinggi itu angkara kapal asing yang bersauh secara haram di Perairan Tompok Utara, kira-kira 12 kilometer dari kawasan Pantai Sedili Kecil.

“Semalam, Jabatan Laut mengesan kira-kira 100 kapal asing bersauh secara haram di situ, sekali gus bimbang pencemaran pesisiran pantai Kota Tinggi yang indah, terutama di pusat peranginan Desaru, mungkin akan berulang semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Dickson berkata, laporan polis sudah dibuat pengadu, malah isu itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.

Susulan insiden pencemaran minyak terbaru itu, beliau berkata, anggota Jabatan Laut Wilayah Selatan sudah digerakkan ke lokasi kejadian pagi semalam.

“Bagaimanapun, pemantauan dan siasatan lanjut mendapati kesan tompokan minyak di sepanjang pesisiran Pantai Sedili Kecil itu sudah hilang dipercayai dibawa ombak ke tengah laut.

“Pemantauan berterusan akan dijalankan, termasuk menggunakan dron bagi mengesan tumpahan atau tompokan minyak yang dibuang itu,” katanya.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here