Tun M Pun Order Makanan Guna Grab Food

0
142

Seperti yang kita sudah sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April ini. Orang ramai tidak digalakkan keluar rumah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Hanya urusan penting sahaja yang dibenarkan untuk keluar rumah.

Oleh itu, industri penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda, Bungkus It dan lain-lain tidak menang tangan menerima pesanan daripada pelanggan.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak ketinggalan membuat pesanan makanan melalui applikasi Grab Food. Melalui Facebooknya, Tun M telah memuatnaik sebuah video sewaktu pesanan makanannya sampai. Tun M juga mengucapkan terima kasih kepada penghantar makanan tersebut. Menurutnya lagi perkhidmatan yang diberikan cekap, cepat dan tertib.

“‪Terima kasih Encik Alfatah hantar makanan yang saya pesan tadi. Khidmatnya cepat, cekap dan tertib sekali.‬” Begitulah caption yang ditulis Tun M di posting tersebut.

Tun M pun oder grab

Tun M pun oder grab#stayhome#staysafeKredit : Tun Dr. Mahathir——————————————-Dapatkan pakej marketing promo dihttps://a.buymuslimfirst.org.mylayari www.buymuslimfirst.org.my untuk pengiklanan PERCUMA. Setiap hari 60k Orang masuk ke website ini.

Posted by BMF MEDIA TV – official on Wednesday, April 1, 2020

Bagi Tun M, ini merupakan salah satu cara yang boleh dibantu untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam masa yang sama mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Beliau juga sempat meninggalkan pesanan agar mereka sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Sumber: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here