‘Tunggu dan lihat’ punca warga emas, OKU tak daftar PICK

0
172

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: ‘Tunggu dan lihat’ adalah antara punca golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas masih tidak mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berkata kebanyakan golongan ini juga masih ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin anti COVID-19.

Katanya, selain itu ada juga antara mereka yang memerlukan bantuan orang lain untuk membantu membuat pendaftaran vaksinasi.

“Berikutan itu, kita mengambil pendekatan untuk menggerakkan agensi di bawah kementerian termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendekati warga emas dan OKU ini mendaftar PICK.

“Kita turut membuka kaunter pendaftaran dalam program anjuran kementerian. Maka golongan ini tidak perlu mendaftar dalam aplikasi yang disediakan, pihak kami akan bantu untuk mereka mendaftar, sekali gus meningkatkan jumlah pendaftaran vaksinasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen NGO, hari ini.

Rina berkata, pihaknya turut menggunakan data dan maklumat penerima bantuan bawah agensinya untuk mendaftar dalam PICK.

“Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita sudah ada kira-kira 500,000 penerima bantuan. Ia tidak termasuk 47,000 warga emas yang mendaftar di bawah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Justeru itu, maklumat yang kita peroleh ini akan dihantar untuk pendaftaran. Bagaimanapun persetujuan individu terbabit masih perlu diambil kira. Bila sudah mendapat persetujuan barulah nama dan maklumat mereka diserahkan kepada pihak berkaitan untuk didaftar.

“Itu antara inisiatif dilakukan kementerian untuk memudahkan golongan berkenaan untuk mendaftar,” katanya.

Sementara itu, mengenai konvensyen berkenaan, Rina meminta jasa baik NGO bersama-sama mempromosikan pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan.

“Kita dapati golongan sasar ini ada yang tidak tahu pun mengenai program atau bantuan sedang dilakukan kerajaan, maka kita berharap NGO ini menjadi ejen penyampai kerana banyak yang kerajaan berikan untuk bantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here