Udang Iran bernilai hampir RM1 juta dirampas

0
154

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 48 tan udang yang diimport dari Iran selepas menahan dua kontena di Tapak Pemeriksaan Kontena, Gudang CFS 2 Pelabuhan Klang Barat.

Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari Rabu lalu, mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.

“Semua dagangan bernilai RM972,305 ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zamri berkata, MAQIS sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang dilaksanakan untuk semua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bagi menjamin setiap keluaran pertanian yang dibawa masuk tiada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here