Ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran mulai Jumaat ini: MB Selangor

0
783

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan melakukan ujian saringan koronavirus (Covid-19) ke atas penduduk negeri ini melibatkan beberapa lokaliti yang telah dikenal pasti bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri membuat keputusan bagi melakukan ujian saringan itu secara besar-besaran susulan daripada peningkatan jumlah kes Covid-19 di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan sekitar 1,000 ke 1,200 penduduk di negeri akan melakukan ujian saringan terbabit.

“Kita sedang putuskan lokaliti terlibat namun beberapa kawasan telah dikenal pasti bagi melakukan ujian ini.

“Selepas ujian itu, kita mungkin dapat kawal kawasan terlibat daripada Covid-19 dan melihat trend kes untuk memperhebatkan lagi proses seterusnya di sana,” katanya selepas Program Khidmat Bantuan Belia Siswa Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan angka paling tinggi positif Covid-19 iaitu sebanyak 43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di negara ini.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh itu, Selangor merekodkan sebanyak 1,020 kes sementara Kuala Lumpur sebanyak 671 kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan bagi kedua-dua negeri ialah 1,691 kes.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Pasukan Task Force Pencegahan Covid-19 Negeri Selangor (STFC) hanya berperanan membantu melengkapkan keperluan KKM dalam menghadapi penularan Covid-19 di negara ini.

“Disebabkan itulah, semakin banyak ujian kita dapat buat, kita akan dapat mengesan lebih ramai orang bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan,” katanya.

Covid-19: 18 pejabat kesihatan daerah di Selangor buat saringan ...

Beliau berkata, STFC juga telah menggariskan beberapa panduan untuk kegunaan premis-premis perniagaan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Mereka perlu patuhi kriteria ditetapkan supaya dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di premis yang beroperasi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here