Usahawan wanita wujudkan e-bazar Ramadan

0
60

ANGKAWI: Seorang usahawan wanita mengambil inisiatif mewujudkan e-bazar bagi membantu peniaga di Langkawi menjual produk mereka pada Ramadan ini.

Nissya Othman, 47, berkata pendekatan itu diambil bagi membantu semua peniaga kecil di pulau itu susulan keputusan kerajaan negeri membatalkan bazar Ramadan tahun ini

Katanya, e-bazar dikenali sebagai ‘Bazar Ramadan Online Langkawi’ diwujudkan sejak Jumaat lalu, dan setakat ini berjaya menghimpunkan kira-kira 1,000 peniaga makanan dan pembeli dalam talian.

“Selain terbabit dalam perniagaan berasaskan pelancongan, hampir setiap tahun sejak 2006 saya berniaga di Bazar Ramadan untuk mencari rezeki.

“Namun, Ramadan kali ini berbeza berikutan penularan wabak COVID-19, sekali gus menuntut kaedah berniaga perlu ditukar,” katanya ketika ditemui di sini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau mengambil inisiatif mewujudkan konsep e-bazar yang semakin popular.

“Saya teruja apabila ramai peniaga menyahut pelawaan menyertai platform yang diwujudkan menerusi laman sosial Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter.

“Antara produk yang bakal dijual adalah kuih muih, lauk pauk dan minuman kepada netizen pada harga berpatutan termasuk penghantaran,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here