[VIDEO]” Comelnyaaa .. “- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sekumpulan Memerang (Otter) ‘bersantai’ di Tepi Tasik Tatkala Manusia jalani PKP di Rumah

0
126

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Hari ini, sudah hari ke 16 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Rakyat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan tagline #StayAtHome yang sering dipaparkan di media-media massa. Maklumlah, bila dah duduk rumah, media massa dan media sosial lah yang menjadi medium saluran maklumat kepada rakyat.

Gambar Hiasan

Jika PKP memberi makna ‘stay at home‘ untuk rakyat biasa dan ‘terus bekerja demi negara’ pula pegangan bagi barisan frontliner, namun mungkin ianya memberi makna yang berbeza buat hidupan lain di bumi ini. Tatkala, manusia terpaksa ‘duduk diam-diam di rumah’, inilah waktunya untuk mereka menikmati kedamaian di muka bumi ini.

Telah tular sebuah video yang dikongsikan oleh laman Facebook Perbadanan Putrajaya merakamkan gelagat sekumpulan Memerang (Otter) yang dikatakan sedang ‘bersantai’ di persisiran Tasik Putrajaya Presint 8.

Memerang (Otter) di Ayer8 Putrajaya.Bila manusia dikurung, barulah haiwan-haiwan ini dapat peluang berseronok dan beriadah bersama keluarga mereka. Comelnyeeee satu kampung memerang (Otter) bersantai di Ayer8 Putrajaya. Jangan kita kacau, biarlah mereka enjoy sikit. ❤❤❤Harap memerang stay at homeharap masyarakat stay at homeSUMBER : Perbadanan Putrajaya

Posted by BMF MEDIA TV – official on Thursday, April 2, 2020

Bagi Peluang Hidupan Lain Seronok Time Ni

Para netizen yang menonton video yang berdurasi 26 saat itu turut menzahirkan rasa terhibur terhadap video tersebut dan beranggapan bahawa gelagat sekumpulan memerang tersebut comel.

Mungkin dalam tempoh PKP inilah peluang itu kita memberi hak kebebasan kepada hidupan lain untuk menikmati keindahan alam tanpa gangguan manusia. Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama mendoakan agar wabak Covid-19 ini berakhir dengan segera. Dalam tempoh PKP mari kita bantu barisan frontliner kita dengan #STAYATHOME 🙂 . #KITAJAGAKITA #BMF

Sumber: Facebook Perbadanan Putrajaya

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here