[VIDEO] Sunyi Macam Bandar Zombie, Netizen Salute Orang Melaka Bijak Stay Rumah

0
79

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Menurut beberapa portal berita di televisyen, pihak kerajaan menjelaskan bahawa hanya 60 peratus rakyat yang mematuhi saranan untuk duduk di rumah pada musim koronavirus ini. Hal itu juga memungkinkan campur tangan daripada pihak pertahanan negara untuk mengawal keadaan daripada mengundang risiko lebih buruk. Hari ini juga, terdapat beberapa lokasi masih dipenuhi manusia yang menjadi viral di media sosial sehingga mengundang rasa tidak puas hati.

Bandar Melaka kosong…Bagus stay at home

Oleh yang demikian, mungkin apa yang dilakukan oleh penduduk Melaka ini boleh dijadika tauladan. Melalui sebuah posting Tuitter milik Muhammad Hazim, dia mendedahkan keadaan semasa di kebanyakan lokasi tumpuan pelancong di bandar bersejarah tersebut. Bagi penduduk Melaka sendiri, pastinya sudah ramai menyedari bahawa negeri mereka sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk makan angin apabila ada cuti panjang.

Harapnya negeri lain kosong macam ni juga

Gambar yang viral itu juga sebenarnya diambil oleh seorang doktor di sebuah pusat rawatan. Dalam perkongsiannya, Muhammad Hazim berharap semoga negeri lain juga mencontohi sikap masyarakat Melaka yang lebih memilih untuk duduk di rumah sejajar dengan saranan kerajaan. Tidak ketinggalan, terdapat juga bukti rakaman yang dibuat oleh seorang individu menyaksikan kekosongan bandar tersebut. Tiada lagi kelibat pelancong apalagi beca-beca bermuzik sekali gus menampakkan ia kelihatan seperti ‘bandar zombie’.

Hang Tuah kalau tengok mesti bangga

Di ruangan komen, netizen juga berkongsikan rasa lega dan memuji penduduk Melaka kerana tidak berdegil. Dalam pada itu, ada yang sempat berseloroh kononnya yang memenuhi bandar Hang Tuah itu cumalah deretan lampu isyarat.

Sumber: Erin Sakura

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here