Wanita rugi RM309,311 ditipu Phone Scam

0
90

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Seorang wanita tempatan berputih mata apabila kerugian RM309,311 selepas terjerat dengan sindiket Phone Scam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata wanita berusia 55 tahun itu mendakwa ditipu individu yang menghubunginya dengan menyamar sebagai pegawai dari agensi kerajaan.

Katanya, suspek memberitahu terdapat syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa menjalankan kegiatan pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya diminta memuat turun satu aplikasi bank dan mengisi segala maklumat akaun banknya di dalam aplikasi yang diberikan sindiket itu.

“Selepas mengisi maklumat akaun bank, mangsa mendapati terdapat pemindahan wang secara berperingkat daripada akaun banknya sejak 2 hingga 5 April lalu ke empat akaun bank berlainan, sebelum berasa dirinya ditipu dan membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan jam 4.07 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun atau boleh dikenakan denda dan sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here