‘Warga TLDM perlu terus pertahan kedaulatan, keselamatan negara’

0
98

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengingatkan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya menjadi pasukan barisan hadapan yang terus mempertahankan keselamatan perairan negara.

Menerusi Selangor Royal Office sempena sambutan Hari Tentera Laut Ke-87 dengan tema ‘TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara’ hari ini, baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah, warga TLDM perlu mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara dari sebarang ancaman luar.

“Sempena sambutan kali ini, baginda meminta warga TLDM kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta terus memiliki semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang murni ini.

“Selain itu, baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada setiap warga TLDM yang sentiasa komited serta bangga dalam mencurahkan khidmat bakti dan ketaatsetiaan yang tidak terhingga terhadap perkhidmatan TLDM khasnya dan negara amnya,” titah baginda dalam kenyataan itu.

Sultan Selangor juga menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut Ke-87 kepada semua warga TLDM.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here