WOW beri manfaat pemimpin wanita

0
81

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Program kemahiran kepimpinan anjuran pertubuhan bukan kerajaan Women of Will (WOW) bermanfaat dalam meningkatkan keupayaan pemimpin wanita menangani masalah dihadapi keluarga B40 ketika penularan wabak COVID-19.

Norliza Buhori dari komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Ukay Indah di Selangor, bersama 34 wanita dari 10 PPR di Lembah Klang, menyedari bahawa sebagai pemimpin wanita, adalah penting untuk mereka memastikan komunikasi terus terbuka luas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini sangat berguna dalam komunikasi, dengan pihak ketiga yang akan datang untuk membantu komuniti B40 dalam PPR ketika tempoh PKP, dan pada masa masa sama mematuhi syarat PKP yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun turut berhadapan cabaran sendiri sebagai seorang ibu dan suri rumah, beliau tetap berusaha menggunakan kemahiran kepimpinannya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang tiba – daripada masalah sosial, hinggalah memastikan kebersihan dan penyelenggaraan di samping menjalankan urusan pentadbiran dalam komuniti.

“Semampu mungkin, kami membantu dalam usaha menghalang keadaan menjadi bertambah buruk, terutama bagi kelompok keluarga B40,” kata Norliza, antara yang terpilih ke program kursus kepimpinan itu selepas menunjukkan kecemerlangan kepimpinan semulajadi ketika program Keusahawanan dan Pembangunan Komuniti WOW sebelum ini.

WOW, dengan kerjasama Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) meletakkan matlamat untuk meningkatkan keupayaan wanita bagi pertumbuhan sosio-ekonomi, untuk meletakkan komuniti itu di platform yang mapan, namun kemunculan pandemik dilihat banyak membelenggu keberkesanan program itu.

Pemimpin komuniti, Isham Romli dari PPR Lembah Subang dan Saraswathy Periasamy dari PPR Raya Permai, Sungai Besi, KL, berpandangan kemahiran komunikasi dan hubungan terus dengan emosi orang ramai adalah penting dalam menangani rasa tidak puas hati mereka ketika menghadapi tempoh sukar, di samping dapat menyatukan komuniti.

Ketua Pegawai Operasi WOW, Lakshwin Muruga pula berkata input bagi program itu adalah selaras dengan objektif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam membangunkan pemimpin komuniti.

Menurutnya wanita-wanita ini akan ditempatkan sebagai pemimpin komuniti dengan kemahiran bagi membantu menghimpunkan komuniti sekiranya timbul sebarang masalah, menerusi pertemuan sendiri dengan komuniti tanpa perlu menunggu pihak luar. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here