” Ya Allah mengalir air mata “- [VIDEO] Imam Mekah Cakap Bahasa Melayu , Doakan Rakyat Malaysia Selamat Daripada Covid-19

0
194

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 45 kes kematian.

Lebih terharu apabila beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih sebelum menadah tangan berdoa selama beberapa minit.

Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat negara ini.

SAMA-SAMA KITA AMINKAN DOA IMAM INI

Ya Allah.. Terharu bila Imam Mekah turut sama mendoakan negara kita..Sama-sama lah kita Aminkan doa ini.. Di akhir video beliau ada berikan beberapa doa untuk amalan kita bersama.. Semoga #Covid19 segera lenyap dari negara kita.. ??Like/Follow > Cerita Rakyat TV

Posted by Zahida Zarik Khan on Wednesday, April 1, 2020

Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan supaya kita semua dilindungi Allah SWT.

Posting video tersebut dikongsi menerusi laman Facebook Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan sehingga mendapat 10,000 perkongsian serta 13,000 tanda suka.

Rata-rata warganet memberikan komen dimana ramai meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada imam tersebu kerana sudi mendoakan semua rakyat di negara kita.

Sumber : Zahida Zarik Khan, Borak Daily

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here